uNgKaPaN

HiDuP iNi pErLuKaN pEngOrBaNaN,
PeNgOrBaNaN MeMeRlUkAn PeRjUanGaN,
PeRjUaNGaN mEmErLUkAn KEtAbaHaN,
KeTaBaHan mEmErLukAn kEnYaKiNaN,
KenYaKiNaN mEMeRLUkaN kEjAYAaN,
KeJaYaAn pula mEnEnTuKaN KeBaHaGIaN

Tuesday, August 16, 2011

WaNiTa...


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH.....


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Sunday, August 14, 2011

RaMaDhAn...


PUASA ADAT ATAU IBADAT

Nabi s.a.w bersabda : barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran maka akan diampunkan baginya dosa yang lalu.....

Nabi juga bersabda : berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga...


Ciri-ciri puasa ADAT
  1. tidak merasa hebat dengan kehadiran Ramadhan
  2. menjadikan ramadhan sebagai bulan pesta makanan
  3. tidak menjaga pancaindera
  4. mengabaikan perintah wajib yang lain

PUASA YANG BERTAQWA
  1. sentiasa rasa dipantau oleh Allah
  2. menjinakkan nafsu
  3. tidak berminat dengan perkara haram
  4. mendekatkan diri dengan sunnah
  5. berjiwa Al-quran

bagaimana mencapai TAQWA
  1. memilh susah daripada kesenangan :- sentiasa memikirkan bagaimana untuk memertabatkan agama Islam daripada memikirkan perkara dunia
  2. memilih bersungguh2x daripada berehat
  3. memilh rendah diri daripada kemulia (pandangan manusia)
  4. lebih memilih berdiam diri
  5. sentiasa memikirkan kematian daripada kenikmatana duniawi

HATI YANG TERTUTUP
  1. tamak
  2. berkawan dengan kawan yang kurang baik
  3. lupa pada dosa-dosa yang lalu
  4. angan-angan dunia yang tinggi

KeRiNdUaN mEnErpa


aku mula merindui segala kenangan yang telah aku lalui selama ini...begitu indah saat2x itu....
mungkin ketika berlakunya kenangan itu,aku mengadu kepenatan atau sebagainya....
tapi,selepas apa yang berlaku,terasa ingin mengulanginya......

kemanisan sebuah kerinduan diibaratkan seperti manisnya madu...begitu manis rasanya Allah ciptakan...seandainya semua manusia tahu kelebihan makan madu,pasti mereka akan mengamalkannya....

ia sama sepertiku.....
seandainya aku diberi kesempatan lagi,aku ingin mengulangi segalanya....ya Allah.....

namun aku alpa.....
mendambakan kenangan sesama manusia akan menimpa kesakitan jiwa....
sepatutnya aku lebih mendambakan kasih sayang daripada Allah....kasih sayang Allah adalah kekal selamnya...bahkan mampu memberikan kasih sayang yang abadi.....MasyaAllah~~~


Tuesday, August 9, 2011

BeNaRkAh????


assalamm'alaikum

kali ini aku benar2x buntu dengan sikapku.....aku menangis lagi....menangis bukan kerna apa-apa...
tapi kali ini aku menangis dengan kata2x....

benar....aku masih muda...aku masih muda dalam kehidupan...masih memerlukan bantuan untuk hidup....masih tidak mampu untuk berdiri sendiri.....masih memerlukan nasihat dari yang berpengalaman.....

namun,aku telah sedaya upaya untuk mengubah diriku supaya orang disekelilingku tenang berdamping denganku....aku akui diriku penuh kelemahan....
aku tidak seperti orang lain..yang hebat2x...yang soleh dan solehah....

namun kata2x itu membuatkan diriku terpaku...termenung...berfikir panjang....adakah benar dengan apa yang dikatakan padaku???adakah itu nilainya terhadap diriku selama ini???aku termenung bersendirian lagi...tidak tahu pada siapa aku mengadu....hanya pada Allah sahaja tempatku mengadu...tidak terkata lagi...terasa aku hidup dalam terhuyung-hayang....ya Allah...

segala yang berlaku tidak terungkap dengan kata2x...aku terdiam lagi...menunggu kehadiran yang mendatang......


~~~AKU BERSERAH~~~


Sunday, July 17, 2011

BuKan SenAnG BagiKu....



air mataku mengalir tanpa henti....sebak di dada hanya Allah sahaja yang tahu....ingin mengadu pada yang memahami,aku buntu....serabut....aku hanya melepaskan segalanya dengan air mata.... sungguh berat rasanya kepala aku..aku tidak mampu lagi uutuk memikirkan apa yang terbaik untukku....aku hanya mampu berserah....

bagiku perasaan untuk memcuba semakin membuak2x....namun,halangan yang ada di depan mata ku tidak mampu untuk ku tempuh~~~~

"YA ALLAH.....segalanya aku serah padamu
andai kata niat percubaan itu adalah masa depan aku,ENGKAU lembutkanlah hatinya...andai kata keputusanku yang lepas itu adalah yang terbaik untukku,ENGKAU lembutkanlah hatiku,ENGKAU tenangkanlah hatiku YA ALLAH... aku dalam keadaan lemah YA ALLAH....
sesunggunhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI dan MAHA BERKUASA"

Wednesday, July 6, 2011

DiRiMu.....


Mujahidku,
apa khabar?
Semoga saat ini engkau dalam keadaan baik
Penatku... Penatmu saat ini semoga tetap di jalanNya
Semoga, mendung ini dapat kau nikmati juga
Supaya kau merasa sejuk setelah seharian bercampur debu

Mujahidku,
Semoga saat ini DIA menjaga hati, mata, pendengaran dan jiwamu
Menjaga semuamu, untukku...
Pun aku, semoga DIA membantu untuk menjaga kehormatan, jiwa dan jasadku
Menjaga semuaku, untukmu...
KeranaNya semata

Mujahidku,
tahukah kau?
Saat ini aku berdoa untuk keselamatanmu
Semoga saat ini engkau masih teguh dijalan yang DIA bentangkan untukmu
Mujahidku,
Saat penat fikiran dan jiwa kian mendera
Saat hamparan-hamparan dakwah ini mengajak kita, berputar bersamanya
Sungguh... aku hanya berharap DIA redha atas apa yang aku dan engkau lakukan

Mujahidku,
Entah engkau ada di mana saat ini
Aku tak hendak melukis jasadmu
Aku tak hendak meneka tentangmu
Tahukah kau, mujahidku?
Aku mencintaimu sebelum mata ini memandang, sebelum telinga ini mendengar
Sebelum perkara-perkara jasad ini merosak
Semua ketulusanku atas siapapun engkau
Dan aku ingin menjaganya tetap begitu SEDERHANA
Ah, mujahidku semoga kau lantunkan doa yang sama pada Pemilik kita
Takdirku... Takdirmu... hanya ada dalam genggamanNya
Dan kita tak akan pernah tahu itu

Mujahidku,
Dalam sujud-sujud panjangku, aku merayu padaNya
Menyelipkan sebuah doa, semoga aku pantas mendampingimu
Entah, siapapun engkau...
Entah, di mana dirimu berada...
Namun, ada hormat, rindu dan kepercayaan
yang memberiku seleksa ketulusan menanti dirimu

Mujahidku,
Sungguh aku hanya ingin menjaga diriku dan jiwaku
Mempersiapkannya... menempanya...
Agar jika suatu saat DIA berkehendak menemukan kita
Aku telah siap menapaki jalan yang dipilih hanya bersamamu.

Saturday, July 2, 2011

mengejar impian.....

asaalamu'alaikum....

aku punya impian sepertimana manusa yang lain juga....cuma yang bezanya impian aku lain dan impian owang laen juga laen....tapi, matlamat impian seseowang itu,mestilah untuk memperoleh kejayaan...

impian aku sejak dari sekolah tetap sama iaitu mendapat kejayaan DUNIA & AKHIRAT....

sejak aku di bangku sekolah lagi. aku selalu cemburukan kejayaan kawan2x aku yang laen... kadang2x aku selalu bertaya pada diriku, "adakah aku dilahirkan seowang yang tidak berjaya??"
dan kini jawapan bagi soalan itu. "kajadian manusia adalah sebaik-baik kejadian. ini bermakna aku akan berjaya suatu hari nanti...."itu semua berpandukan pada usaha aku n tawakal aku pada Allah...

aku sedar aku hanyalah seowang hamba Allah yang lemah yang sentiasa mengharapkan rahmatNya.......

bila aku sambung belajar di peringkat universiti, aku memohom semoga keputusan peperiksaan aku lulus dan aku xnak repeat2x....alhamdulillah..itu semua tercapai akhirnya...
kini aku sudah abis belaja...dan keputusan bagi semua peperiksaan aku alhamdulillah...walopown keputusan aku tidak seperti teman-teman ku yang laen, namun aku tetap bersyukur dengan kejayaan yang aku perolehi.....

pernah suatu ketika dahulu ada owang kata pada ku yang kejayaan ini terletak pada paras rupa..aku sedar paras rupaku tidak secantik seperti owang laen...dan pada ketika itu aku betol2x give up!!!aku selalu kata hanya owang lawa sahaja yang akan dapat kejayaan itu...pada ketika itu aku betol2x rasa malas nak belaja....ada suatu ketika,aku terdengar, "sesiapa yang usaha kejayaan adalah miliknya"...pada saat itu.perasaan ingin belaja itu hadir dalam diriku....alhamdulillah!!!!

Sunday, June 26, 2011

aDik...

anak buah ku~~~ abg luqman

assalamu'alaikum....

adik???aku mane ada adik....aku la adik...kan kan kan..... 2 hari cukup memberikan aku satu pgalaman yang indah dan satu perasaan yang senang dalam diri aku....sebelum nie aku xpenah ada perasaan mcm nie....

sebelum nie aku rasa untung sangat aku adalah adik...tp,sekarang aku teringin mempunyai adik...

aku mengaggap ank buah aku 2 sebagai adik aku....bile dy tido atas riba aku,tibe2x ada perasaan aneh dlm diri aku nie...terasa yang aku ada adik sendiri....

alhamdulillah...aku penah merasai perasaan itu.....

~~kerja aku waktu abg luqman tido~~~


pada sesiapa yang mempunyai adik,anda bertuah,,,sayangilah adik anda~~~~