uNgKaPaN

HiDuP iNi pErLuKaN pEngOrBaNaN,
PeNgOrBaNaN MeMeRlUkAn PeRjUanGaN,
PeRjUaNGaN mEmErLUkAn KEtAbaHaN,
KeTaBaHan mEmErLukAn kEnYaKiNaN,
KenYaKiNaN mEMeRLUkaN kEjAYAaN,
KeJaYaAn pula mEnEnTuKaN KeBaHaGIaN

Wednesday, August 17, 2011

InSaF


Hati..

Maafkan aku..

Atas dosa – dosa dan kesilapanku

membiarkan engkau ternoda

menghilangkan ketenanganmu

membiarkan engkau tersiksa

penuh kepedihan tanpa rasa bersalah

Hatiku..

Mengapa aku tidak dapat membezakan yg benar dan palsu

Kenapa hati??

Aku tahu jawapannya..

kerana aku telah mencampur adukkanmu dengan yang hak dan batil

minyak tidak boleh dicampurkan dengan air

demi kepentingan diri sendiri

Membiarkan engkau kuat bekerja tanpa henti

Oh hati..

Andai ini merupakan kesilapan yang paling besar dalam hidupku..

Kau maafkanlah aku..

Kau berikanlah aku peluang untuk membersihkanmu kembali

Dengan kalamullah dan zikrullah yang indah

Penuh tadabbur kepada Allah

Aku akan menyucikanmu..hati

Aku takkan biarkan engkau bercampur seperti dahulu

Cukuplah aku belajar dengan apa yang terjadi

Walapun pahit untuk ditelan

Aku mesti kuat untuk melaluinya

Hatiku..

Aku takkan persiakanmu

Akan ku gunakan segala nikmat yang ada dengan sebaiknya

Kerana aku tahu

Akhlak yang baik datang dari hati yang baik

Hatiku..

Kini aku akui

Dengan mengingati Allah..hati kan menjadi tenang

Akan ku kembalikan ketenanganmu

Akan ku kembalikan kesucianmu itu

Menghayati kalamullah

Menggantikan lafaz yang tersimpan

Hatiku..

Maafkanlah aku..

Kerana tidak menghargai kehadiranmu selama ini

Kau berikanlah peluang kepadaku kembali

Segala yang terjadi walaupun pahit untuk ditelan

Rupanya masih ada kemanisan disebaliknya..

Konklusinya, jagalah hati kita dengan sebaiknya. Jangan biarkan hati kita dikotori dengan perkara – perkara yang tidak berfaedah.Ubatilah hati yang pedih itu dengan kalamullah dan zikrullah. Anggaplah kesilapan semalam sebagai satu wadah untuk kita terus bangun dalam perjuangan. Ingatlah bahawa kita dilahirkan sebagai ansarullah – menegakkan yang hak dan meninggalkan yang batil. Jangan persiakan masa yang ada dengan menangisi dan meratapi kesilapan semalam kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hujan yang lebat itu digantikan dengan pelangi yang indah. Ingatlah bahawa Allah sentiasa mengingati kita walaupun kita melupakanNya. Semoga aku kembali tabah meneruskan liku – liku hidup ini. InsyaAllah..

FaDhiLaT BeRseLaWaT


Keajaiban Selawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8 ) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabrani

Mudahnya berselawatlah SETIAP HARI
AYUH!!!

Tuesday, August 16, 2011

KITA



gembira di hati kerna kejayaan kawan-kawan
usaha mereka diperkenankan oleh Allah
tahniah kepada mereka yang berjaya sambung belajar ke JORDAN

dalam kegembiraanku, ada juga terselit perasaan sedih....tidak mampu untuk meluah...hanya yang mampu pendam di hati

sedih bukan kerna dibuli atau diseksa...
bukan juga disakiti

tetapi
sedih kerana sahabat2x ingin menyambung pelajaran ke luar negara
dulu ku jua punya impian yang sama seperti mereka

tapi
aku tidak sekental mereka
mungkin aku kurang mampu dari banyak hal
sedihku bukan kerna cemburu

cuma
terasa jauh dengan sahabat2x
rasa belum puas bersama
mengharungi zaman belajar bersama-sama
bukan kerna apa-apa

cuma
sayangkan persahabtan ini
terasa masih baru berkenalan
terngiang-ngiang suara mereka gelak ketawa, usik-mengusik

18 SEPTEMBER 2011
hari bersama kita
harapan ku tinggi ke arah itu
angan-angan saja
mereka berada disana
sebahagian kami disini
mungkin tika itu terasa kurang
walaupun sedikit
tersentuh juga di hati

ku redha
kerna kejayaan kita bersama
semoga kasih sayang kita
mekar
harum
walau jauh dimata



masih terngiang-ngiang gelak ketawa, usik-mengusik mereka




kasih sayang kita umpama bunga yang harum
(insyaAllah)



hanya tinggal memori,kenangan TERINDAH

WaNiTa...


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH.....


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Sunday, August 14, 2011

RaMaDhAn...


PUASA ADAT ATAU IBADAT

Nabi s.a.w bersabda : barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran maka akan diampunkan baginya dosa yang lalu.....

Nabi juga bersabda : berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga...


Ciri-ciri puasa ADAT
  1. tidak merasa hebat dengan kehadiran Ramadhan
  2. menjadikan ramadhan sebagai bulan pesta makanan
  3. tidak menjaga pancaindera
  4. mengabaikan perintah wajib yang lain

PUASA YANG BERTAQWA
  1. sentiasa rasa dipantau oleh Allah
  2. menjinakkan nafsu
  3. tidak berminat dengan perkara haram
  4. mendekatkan diri dengan sunnah
  5. berjiwa Al-quran

bagaimana mencapai TAQWA
  1. memilh susah daripada kesenangan :- sentiasa memikirkan bagaimana untuk memertabatkan agama Islam daripada memikirkan perkara dunia
  2. memilih bersungguh2x daripada berehat
  3. memilh rendah diri daripada kemulia (pandangan manusia)
  4. lebih memilih berdiam diri
  5. sentiasa memikirkan kematian daripada kenikmatana duniawi

HATI YANG TERTUTUP
  1. tamak
  2. berkawan dengan kawan yang kurang baik
  3. lupa pada dosa-dosa yang lalu
  4. angan-angan dunia yang tinggi

KeRiNdUaN mEnErpa


aku mula merindui segala kenangan yang telah aku lalui selama ini...begitu indah saat2x itu....
mungkin ketika berlakunya kenangan itu,aku mengadu kepenatan atau sebagainya....
tapi,selepas apa yang berlaku,terasa ingin mengulanginya......

kemanisan sebuah kerinduan diibaratkan seperti manisnya madu...begitu manis rasanya Allah ciptakan...seandainya semua manusia tahu kelebihan makan madu,pasti mereka akan mengamalkannya....

ia sama sepertiku.....
seandainya aku diberi kesempatan lagi,aku ingin mengulangi segalanya....ya Allah.....

namun aku alpa.....
mendambakan kenangan sesama manusia akan menimpa kesakitan jiwa....
sepatutnya aku lebih mendambakan kasih sayang daripada Allah....kasih sayang Allah adalah kekal selamnya...bahkan mampu memberikan kasih sayang yang abadi.....MasyaAllah~~~


Tuesday, August 9, 2011

BeNaRkAh????


assalamm'alaikum

kali ini aku benar2x buntu dengan sikapku.....aku menangis lagi....menangis bukan kerna apa-apa...
tapi kali ini aku menangis dengan kata2x....

benar....aku masih muda...aku masih muda dalam kehidupan...masih memerlukan bantuan untuk hidup....masih tidak mampu untuk berdiri sendiri.....masih memerlukan nasihat dari yang berpengalaman.....

namun,aku telah sedaya upaya untuk mengubah diriku supaya orang disekelilingku tenang berdamping denganku....aku akui diriku penuh kelemahan....
aku tidak seperti orang lain..yang hebat2x...yang soleh dan solehah....

namun kata2x itu membuatkan diriku terpaku...termenung...berfikir panjang....adakah benar dengan apa yang dikatakan padaku???adakah itu nilainya terhadap diriku selama ini???aku termenung bersendirian lagi...tidak tahu pada siapa aku mengadu....hanya pada Allah sahaja tempatku mengadu...tidak terkata lagi...terasa aku hidup dalam terhuyung-hayang....ya Allah...

segala yang berlaku tidak terungkap dengan kata2x...aku terdiam lagi...menunggu kehadiran yang mendatang......


~~~AKU BERSERAH~~~